Perancis arah hentikan jualan iPhone 12 kerana radiasi
Agensi pengawal selia Perancis mengarahkan jualan telefon pintar iPhone 12 dihentikan pada hari yang sama Apple melancarkan model iPhone 15 di Cupertino, California, lapor laman berita Wion News hari ini.
Badan pemantau radiasi ANFR menuntut pemberhentian jualan itu dengan menyatakan bahawa telefon model tersebut mengeluarkan terlalu banyak radiasi elektromagnet.
Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot memberitahu akhbar Le Parisien bahawa ANFR telah menjalankan ujian yang mendapati Kadar Penyerapan Khusus (SAR) model telefon pintar itu sedikit tinggi daripada apa yang dibenarkan undang-undang.
Badan pemerhati itu berkata, makmal bertauliah mendapati penyerapan tenaga elektromagnet adalah pada 5.74 watt sekilogram (kg) semasa ujian dijalankan iaitu apabila model tersebut dipegang atau disimpan di dalam poket.
Penyerapan khusus mengikut piawaian di Eropah ialah 4.0 watt bagi setiap satu kg dalam ujian seumpama itu.
Susuan itu, ANFR berkata, ia mengarahkan Apple untuk menarik semula penjualan iPhone 12 daripada pasaran Perancis bermula semalam. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya dimadukan isteri
- Umno boleh kembali relevan jika bersama PH
- 15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan
- Mahathir diarah fail pembelaan
- Nampak lurah, Ruhainies minta maaf
- Isham lebih tahu dari saya – Zahid
- Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara
- Azhar Sulaiman minta Marissa dan Abby hubunginya
- Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
- Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)
- Gelekan ‘maut’ Baby Shima
- Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun
- Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah
- Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)
You must be logged in to post a comment.