Peluru berpandu Russia jatuh di belakang wartawan


GASNIER dilihat membongkok ketika mencari perlindungan akibat letupan. – TMC

KIEV – Sebuah rakaman siaran televisyen memaparkan detik mengejutkan apabila sebutir peluru berpandu Russia meletup selepas mendarat tepat di belakang seorang wartawan, lapor akhbar The Sun semalam.

Wartawan Perancis, Paul Gasnier, ketika itu sedang membuat liputan secara ‘live’ di bandar Kramatorsk, Donetsk ketika letupan itu berlaku.

Peluru berpandu tersebut jatuh hanya beberapa meter dari lokasi Gasnier dan seorang jurukamera sedang berdiri pada Isnin lalu.



Gasnier dilihat tergesa-gesa mencari perlindungan ketika latar belakang kawasan yang gelap itu bertukar menjadi jingga kerana dipenuhi api.

Dia ketika kejadian difahamkan sedang membuat liputan untuk program 20:15 Express di rangkaian televisyen TMC.

Gasnier dilaporkan tidak cedera ketika kejadian, namun seorang wartawan Jerman dari akhbar Bild mengalami kecederaan akibat serpihan peluru berpandu dari pengeboman sama. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib



Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker