Cara terbalikkan diabetes jenis 2
Bolehkah diabetes jenis 2
DIABETES jenis 2 adalah bentuk kencing manis paling utama di Malaysia dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh pengambilan makanan tinggi gula yang berlebihan dan gaya hidup tidak aktif.
Lonjakan kes itu makin ketara sejak beberapa tahun lalu, terutama dalam kalangan mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun, berbanding kejadian lebih tipikal dalam kumpulan umur 50 dan 60-an.
Peningkatan awal diabetes jenis ini sering dikaitkan dengan gaya hidup ‘pantas’ seperti makan semasa dalam perjalanan atau di meja kerja dan mengikut keselesaan khususnya bagi individu yang berdepan tekanan di tempat kerja.
Sajian tinggi gula atau karbohidrat boleh menyebabkan seseorang makan berlebihan hingga obesiti.
Soalan biasa ditanyakan ialah sama ada diabetes jenis 2 boleh diterbalikkan? Jawapannya, ya, jika penyakit itu dikesan awal pada peringkat pradiabetik.
Namun, untuk mencapai pembalikan memerlukan perubahan besar dalam diet dan gaya hidup.
Antaranya ialah dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Ia sama pentingnya dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 minit senaman kardiovaskular dalam rutin harian.
Ada individu berjaya menormalkan paras gula darah secara semula jadi dan akhirnya bebas diabetes, hanya dengan mengubah gaya hidup.
Apatah lagi kita kini dalam era peningkatan kesedaran dan pengetahuan tentang pelbagai diet seperti karbohidrat rendah, puasa berselang-seli, keto dan sebagainya.
Namun, ramai juga yang kembali ke tabiat asal apabila mereka menghentikan amalan sedemikian hingga mengundang semula diabetes.
Justeru, penting untuk masyarakat memahami tentang keperluan tabiat pemakanan sihat jangka panjang dan perubahan gaya hidup bagi kekal sihat.
Ubat dan buah pinggang
Pesakit diabetes kronik sering memerlukan ubat-ubatan untuk membantu mereka.
Soalan paling kerap ditanyakan pesakit ialah, ‘Adakah ubat-ubatan ini tidak baik untuk buah pinggang dan membahayakan tubuh?’
Jawapannya sama sekali tidak. Pengambilan ubat secara teratur dan perubahan gaya hidup, menurunkan paras gula dalam darah dan meningkatkan tahap kesihatan individu.
Sehubungan itu, individu yang berisiko menghidap diabetes dinasihatkan berwaspada dengan pemakanan mereka.
Penyelesaian paling mudah dan berkesan ialah dengan mengira pengambilan kalori atau karbohidrat di samping meminimumkan semua bentuk makanan serta minuman manis.
Malaysia kaya dengan hidangan lazat tetapi tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, roti canai diikuti air coklat malt dinosaur, cendol dan sebagainya. Mengelakkannya mungkin sukar, tetapi perlu dilakukan.
Bagi segelintir pihak, pendekatan mereka untuk mencegah diabetes adalah dengan menghentikan minuman manis sama ada teh tarik, minuman ringan atau teh buih.
Manakala untuk makanan, carilah alternatif makanan terproses yang kurang halus seperti roti gandum dan beras perang kerana ia juga boleh menjadi lazat.
Pemeriksaan berkala
Individu berisiko tinggi dinasihatkan melakukan pemeriksaan pradiabetik setiap enam bulan manakala tahunan bagi yang kurang berisiko.
Pemeriksaan secara konsisten dapat memastikan pesakit berada di trek yang betul. Antaranya pemeriksaan diabetes komprehensif termasuklah ujian darah, ukuran badan, antropometri, ujian air kencing dan pemeriksaan kardiak.
Setiap hasil ujian perlu direviu pakar perunding perubatan.
Artikel ini sumbangan Pakar Endokrino dan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Kiran Nair. Utusan
Cara terbalikkan diabetes jenis 2
Baca Artikel Menarik:
- Saya dimadukan isteri
- Umno boleh kembali relevan jika bersama PH
- 15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan
- Mahathir diarah fail pembelaan
- Nampak lurah, Ruhainies minta maaf
- Isham lebih tahu dari saya – Zahid
- Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara
- Azhar Sulaiman minta Marissa dan Abby hubunginya
- Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
- Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)
- Gelekan ‘maut’ Baby Shima
- Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun
- Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah
- Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.