KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry

KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry

KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry

KOTA KINABALU, 14 Dis – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menyambut baik Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan Jumaat, disifatkan sebagai bukti komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memperkasa sektor pelancongan, kebudayaan dan pemeliharaan alam sekitar sebagai antara tunggak utama pembangunan negeri.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata peruntukan berjumlah RM174.45 juta kepada KePKAS bagi tahun 2026, merangkumi RM135.75 juta untuk Perbekalan dan RM38.70 juta bagi Pembangunan, akan membolehkan kementerian itu melaksanakan pelbagai inisiatif strategik secara lebih menyeluruh dan berkesan.

“Peruntukan ini amat penting bagi menyokong pemulihan serta pertumbuhan jangka panjang industri pelancongan, di samping memperkukuh pemeliharaan budaya dan kelestarian alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata KePKAS turut menyokong fokus kerajaan negeri terhadap penganjuran program dan acara berimpak tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, termasuk Festival Budaya dan Alam Semula Jadi, promosi Pelancongan Berasaskan Komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, inisiatif berkenaan dijangka mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Sabah secara signifikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari


Jafry turut menyatakan sokongan penuh terhadap perancangan Tahun Melawat Sabah 2027 yang dilihat mampu memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, sekali gus memastikan kesinambungan momentum pertumbuhan sektor itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), beberapa projek pelancongan utama akan dilaksanakan, antaranya pembinaan Muzium Baharu Sabah, KK Performing Arts Centre (KKPAC), Arte Museum, Galeri Marin di Taman Tun Mustapha serta penambahbaikan kemudahan pelancongan di Bohey Dulang, Semporna.

“Ini merupakan pelaburan penting yang akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pelancong,” katanya.

Selain itu, beliau menyambut baik peruntukan khusus kepada Jabatan Muzium Sabah, termasuk RM6.7 juta bagi kerja pemuliharaan dan pembaikan bangunan muzium serta RM18.97 juta bagi perbelanjaan pengurusan, bagi memastikan khazanah budaya negeri dapat dipelihara secara sistematik dan profesional.

Jafry berkata inisiatif Pemetaan Budaya Etnik Sabah 2026–2030 pula akan memperkukuh dokumentasi identiti budaya dan etnik negeri itu sebagai rujukan penting untuk generasi kini dan akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


“Secara keseluruhan, belanjawan ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, malah mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.- UMNO Online

KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker