Nik Nazmi mengaku terima tawaran ‘durian’

Nik Nazmi mengaku terima tawaran ‘durian’

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku beliau salah seorang daripada pemimpin pembangkang yang menerima tawaran ‘durian’ Lenggong dan Parit Sulong.

Pemimpin PKR itu menerima mesej berkaitan tawaran durian itu menerusi pesanan mesej WhatsApp pada Sabtu lalu.



Beliau pada mulanya melihat notifikasi mesej tetapi tidak sempat membacanya sepenuhnya selepas salah seorang mantan kakitangannya mendapat alert mesej yang sama.

“Saya kemudian membuka mesej itu dan mendapati ada mesej pasal ‘tawaran durian’ dan saya memahaminya maksud tersirat mesej itu kerana ia menyentuh pasal durian Lenggong dan Parit Sulong.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Kemudian seorang lagi staf saya dapat mesej dari nombor yang sama dan memang ada rancangan tetapi bukannya nak terima tawaran ‘durian’ itu sebaliknya hendak memerangkap penghantar mesej itu namun sudah terlambat kerana ahli-ahli Parlimen lain sudah mendedahkannya kepada umum dan saya fikir sudah pasti individu itu melupuskan mesej itu.

“Ramai sudah mula tanya ia betul atau tidak ‘tawaran durian’ ini, tetapi saya bukan pakar sangat untuk mengesahkannya,” katanya ketika ditemuidi hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sejurus selesai dirakam keterangan mengenai Himpunan pembangkang di Parlimen pada 2 Ogos lalu hari ini.

Tambah Nik Nazmi, selepas Langkah Sheraton, beliau menerima tawaran peruntukan kerajaan RM3.5 juta dan pada minggu lalu menerima satu lagi tawaran.

“Tawaran itu adalah membabitkan RM24 hingga RM26 juta dengan syarat saya membawa enam pemimpin lagi dan kali ini untuk tawaran ‘durian’ ia menjadi RM30 juta yang berbunyi ‘datang seorang-seorang boleh makan durian puas-puas’,” ujarnya.



Bagaimanapun Nik Nazmi tidak dapat mengesahkannya dan hanya mampu spekulasi sahaja.

Walaupun beberapa laporan polis berkaitan tawaran ‘durian’ telah menyusul dari ahli-ahli Parlimen pembangkang yang lain, beliau masih memperhalusi dan berbincang dengan penasihat undang-undang sama ada wujud keperluan untuk melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. MG

Nik Nazmi mengaku terima tawaran ‘durian’

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker