Berkumpul di rumah Muhyiddin boleh pula – Nik Nazmi

Sebaran :

Berkumpul di rumah Muhyiddin boleh pula – Nik Nazmi

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan mengapa menteri dibenarkan berkumpul di kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan ordinan darurat akhir bulan lalu.

Ahli parlimen PKR itu membangkitkan perkara tersebut setelah dia hadir ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan kerana menyertai perarakan di luar bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.

“Kita lihat orang disiasat atas pelbagai pelanggaran, tapi atas dasar apa menteri-menteri yang pergi ke rumah perdana menteri banyak kali…bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa masalah? Ia ikut prosedur operasi standard (SOP) yang mana?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Tidak boleh ada double standard di negara kita. Jadi hentikan tekanan terhadap mereka yang menyuarakan kepahitan dialami rakyat dan adakan sidang parlimen segara supaya keabsahan kerajaan akhirnya dapat disahkan dan negara boleh bergerak ke hadapan,” katanya.

Perkumpulan di rumah Muhyiddin itu dilaporkan berlaku pada 29 Julai lalu selepas Yang di-Pertuan Agong menyuarakan rasa “amat dukacita” dengan kenyataan yang dibuat kerajaan di Parlimen tiga hari sebelumnya, bahawa semua ordinan darurat telah dibatalkan walaupun Agong belum memberi perkenannya.

Ketika itu, kereta rasmi beberapa menteri kabinet serta Peguam Negara Idrus Harun dilihat memasuki perkarangan rumah Muhyiddin.

Selangor dan Kuala Lumpur kekal menjadi kawasan paling tinggi jangkitan Covid-19, dan kini masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menghalang kegiatan sosial, termasuk kunjungan ke rumah.

Sementara itu, Nik Nazmi sekali lagi menggesa Muhyiddin untuk mengadakan sidang Parlimen bagi menentukan keabsahan pentadbiran PN.

Dia berkata gesaan itu lebih lagi setelah Muhyiddin semalam mengumumkan pelonggaran SOP terhadap individu yang telah lengkah menerima dua dos vaksin.

“Perdana menteri sepatutnya boleh panggil sidang parlimen minggu ini dan selesaikan undi percaya. Tak perlu kita tunggu sampai September,” katanya lagi. Mk

Berkumpul di rumah Muhyiddin boleh pula – Nik Nazmi

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply