Tiada isu ‘sekatan’ polis dalam himpunan Anti-Zahid

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata “sekatan” terhadap perhimpunan aman tidak perlu lagi timbul.

Diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dirancang Pemuda PN hujung minggu ini, Adam berkata penganjur yang diketuai Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah dipanggil untuk disoal siasat di balai polis Dang Wangi petang ini.

“Kalau ikutkan kenyataan Wan Fayshal, pihak polis sudah pun beri kerjasama dengan memanggil penganjur sesuai Seksyen 13 PAA.



“Jadi kalau ikutkan apa yang dinyatakan Pemuda PN, perkara ini selesai.

“Tiada isu sekatan, tiada isu halangan atau tindakan oleh kerajaan selagi tidak melanggar mana-mana ketetapan undang-undang,” kata ketua Pemuda PKR itu kepada Malaysiakini.

Pada masa lalu, susulan pembabitannya dalam pelbagai perhimpunan awam Adam pernah beberapa kali ditahan polis malah dituduh dan kemudian dibebaskan mahkamah.

Awal hari ini, Wan Fayhsal berkata semasa pertemuan dengan pihak berkuasa hari ini yang berlangsung selama 90 minit, polis Dang Wangi tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk menghalang perhimpunan itu daripada diteruskan.



Bagaimanapun, ahli parlimen Machang itu berkata perhimpunan 16 Sept yang dirancang Pemuda PN di Bukit Bintang akan menjadi sambutan Hari Malaysia, berbanding tujuan asal membantah keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan di mahkamah.

Pada Isnin, Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan memberi amaran “tindakan tegas” akan diambil terhadap penganjur dan peserta perhimpunan dan ketika itu menyatakan tiada permohonan “permit” diterima pihak berkuasa setakat ini.

Mengulas lanjut, Adam menegaskan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah menghapuskan keperluan untuk mendapatkan permit polis untuk perhimpunan awam dan sebaliknya hanya pemberitahuan rasmi diperlukan berserta kebenaran daripada pemilik premis perhimpunan.

“Tujuan PAA termasuk pindaan 2019 adalah untuk facilitate atau (mudahkan) himpunan sesuai hak warganegara untuk berhimpun.



“Kerajaan Perpaduan angkat peranan PAA sesuai tujuannya,” kata Adam.

Beberapa bulan sebelum menang kerusi parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 tahun lepas, Adam dan pemimpin Pemuda PH lain antara yang disoal siasat polis berhubung protes Turun 23 Julai di Kuala Lumpur, yang diadakan sebagai tindak balas terhadap kenaikan harga barang di bawah perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker