Polis akan rakam percakapan Muhyiddin sekali lagi Khamis ini

Polis akan rakam percakapan Muhyiddin sekali lagi Khamis ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan itu adalah berhubung kenyataannya yang menyentuh isu berkaitan 3R (agama, bangsa, Institusi Diraja) dan polis membuka kertas siasatan selepas satu laporan polis diterima pada 7 September lalu.

“Rakaman percakapan yang akan dibuat Khamis ini adalah berhubung kenyataannya berbunyi ‘Melayu pada hari ini tidak lagi akan menguasai kerajaan, maknanya orang Melayu sudah hilang kuasa sedar ataupun tidak, betul ataupun tidak’.

“Ucapan berkenaan dibuat ketika Muhyiddin terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor, pada 3 September lalu,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Razarudin berkata, rakaman percakapan itu akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional itu turut dimuat naik video menerusi Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, yang mendapat 3,100 ‘likes’ serta 142,000 ‘views’.

Terdahulu hari ini, sepasukan pegawai polis dari USJT Bukit Aman, merakam percakapan Muhyiddin, berhubung siasatan kenyataannya yang mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, semasa kempen PRK Parlimen Simpang Pulai, baru-baru ini.

Razarudin mengesahkan bahawa rakaman percakapan berhubung kes fatwa haram itu selesai dijalankan. BH

Polis akan rakam percakapan Muhyiddin sekali lagi Khamis ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker