Ini 5 negara dengan kadar gaji minimum tertinggi di dunia buat anda teruja

 

Pelaksanaan gaji minimum sudah meluas ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pada 1 Mei 2022, perintah gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM1,500 sebulan.

Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 84 peratus negara dunia telah memasukkan perintah gaji minimum dalam perundangan negara masing-masing setakat 2020.

Jumlah gaji minimum berbeza mengikut negara, malah kaedah penetapannya juga berbeza. Ada negara yang menggunakan pengiraan gaji bulanan, mingguan atau jam. Jumlahnya akan berbeza mengikut jumlah jam bekerja yang ditetapkan dalam undang-undang buruh di negara tersebut.

Mari kita lihat.

  • Australia – RM69.44 sejam / RM2,638.78 seminggu

Australia mencatatkan antara kadar gaji minimum tertinggi di dunia ketika ini. Bermula 1 Julai lalu, gaji minimum di negara itu ditingkatkan kepada AU$882.80 (RM2,638.78) seminggu atau AU$23.23 (RM69.44) sejam. Ini membolehkan pekerja di negara itu menerima gaji minimum kira-kira RM10,000 sebulan.

Perintah gaji minimum di Australia meliputi semua pekerja berumur 21 tahun ke atas. Bagi pekerja 21 tahun ke bawah, pelatih dan orang kurang upaya (OKU), kadarnya berbeza.

  • Luxembourg – RM12,859.39 sebulan

Luxembourg mungkin tidak sepopular negara Eropah lain tetapi mereka mempunyai pembangunan ekonomi dan taraf kehidupan yang sangat baik.

Untuk pekerja tanpa kemahiran berumur 18 tahun ke atas, gaji minimum yang ditetapkan adalah pada 2,570.93 euro (RM12,859.39) sebulan. Untuk yang berkemahiran pula, ia mencecah 3,085,11 euro (RM15,431.24) sebulan.

Luxembourg turut menetapkan gaji minimum untuk bekerja berumur 17 hingga 18 tahun (2,056.74 euro/RM10,287.49 sebulan) dan 15 hingga 17 tahun (1,928.20 euro/RM9,644.56 sebulan).

  • Belanda – RM9,978.68 sebulan / RM2,302.50 seminggu / RM460.57 sehari

Berbeza dengan kebanyakan negara lain, Belanda tidak menetapkan kadar gaji minimumnya mengikut jam, sebaliknya mengikut hari, minggu dan bulan. Negara Eropah itu juga akan menyemak kadar gaji minimumnya dua kali setahun, iaitu pada 1 Januari dan 1 Julai.

Bermula 1 Julai lalu, gaji minimum untuk pekerja berusia 21 tahun ke atas di Belanda ditetapkan pada 1,995 euro (RM9,978.68) sebulan, 460.40 euro (RM2,302.50) seminggu dan 92.08 euro (RM460.57) sehari.

  • New Zealand – RM62.71 sejam / RM501.66 sehari / RM2,508.32 seminggu

Gaji minimum di New Zealand meliputi semua pekerja berumur 16 tahun dan ke atas namun dibezakan dengan tahap pekerjaan, iaitu dewasa, pemula dan pelatih.

Untuk pekerja dewasa, kadar gaji minimum selama sejam bekerja adalah pada NZ$22.70 (RM62.71). Untuk sehari penuh atau lapan jam, kadarnya NZ$181.60 (RM501.66) manakala untuk seminggu atau 40 jam, kadarnya NZ$908 (RM2,508.32).

Ini membolehkan pekerja di New Zealand memperoleh sekurang-kurangnya kira-kira RM10,000 setiap bulan.

  • United Kingdom – RM60.89 sejam

Seperti kebanyakan negara Eropah lain, United Kingdom (UK) juga membezakan kadar gaji minimumnya mengikut umur. Terdapat lima kategori yang ditetapkan, iaitu 23 tahun dan ke atas, 21 hingga 22 tahun, 18 hingga 20 tahun, bawah 18 tahun dan pelatih.

Untuk pekerja berumur 23 tahun dan ke atas, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah 10.42 pound sterling (RM60.89) sejam.

Ini bermakna, untuk yang bekerja 40 jam seminggu, mereka boleh memperoleh kira-kira RM2,435.55 seminggu dan kira-kira RM9,700 sebulan. – RELEVAN

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker