Bawa pendatang tanpa izin, 5 pemandu e-panggilan didenda RM35,000

MELAKA: Lima pemandu e-panggilan didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing bulan lepas.

Mohd Taufiq Md Isa, 30, Syed Salim Syed Anuar, 34, Muhammad Hafiz Rudi, 35, Mohd Fhairul Arifin Shaharudin, 39, dan Shahrulnizam Abu Hanafi, 46, menghadapi pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen berasingan dalam prosiding hari ini.

Bagi pertuduhan di depan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Hafiz dan Syed Salim masing-masing didapati membenarkan dua serta seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia berada dalam kenderaan mereka.



Di depan Hakim Sabri Ismail pula, Fhairul Arifin dan Shahrulnizam dituduh membenarkan seorang pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing, sementara dua pendatang tanpa izin lagi berada dalam kenderaan Taufiq.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan antara 12 tengah hari hingga 11 malam di pesisir Pantai Klebang serta kawasan rawat dan rehat (R&R) Ayer Keroh di sini pada 14 Ogos lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E (2) akta sama yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari dan Nazrin Ali Rahim mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh, selain dapat memberi peringatan kepada pemandu e-panggilan lain.



Bagaimanapun, peguam Omar Zulkarnain yang mewakili Taufiq, Fhairul Arifin dan Shahrulnizam, sementara Hanif Hassan mewakili Hafiz dan Syed Salim merayu hukuman ringan berbentuk denda terhadap anak guam mereka kerana sudah insaf dengan perbuatan mereka.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 seorang kepada Taufiq dan Hafiz, manakala Syed Salim, Fhairul Arifin dan Shahrulnizam didenda RM5,000 seorang.

Mahkamah juga mengarahkan telefon, anak kunci dan kereta didaftarkan atas nama isteri Hafiz dan kakak kepada Syed Salim dikembalikan kepada tertuduh

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker