Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO

Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO

Peratusan rendah rakyat keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) sepatutnya memberi keinsafan kepada semua ahli politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, peratusan yang rendah menandakan rakyat tidak berminat dengan isu politik yang tidak memberikan manfaat kepada mereka.

Menurut beliau, rakyat sudah bosan dengan permainan politik yang berterusan hanya untuk menjaga kepentingan dan nafsu serakah individu.

“Sebagai orang politik,sedarlah diri jangan terlalu angkuh dan sibuk berpolitik Anda pemimpin maka tugas utama adalah untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu depan.

Menurut Dr Muhammad Akmal, rakyat mahu pemimpin yang bercakap mengenai bagaimana mereka boleh memudahkan urusan kehidupan masyarakat.

Rakyat tidak mahu ahli politik yang hanya pandai menggunakan mereka untuk mencapai kepentingan sendiri.

“Yang nak buat Himpunan Selamatkan Malaysia, saya ucapkan selamat berjaya. Jika itu bermanfaat kepada rakyat, silakan. Jika tidak, rakyat mampu menilai,” katanya.

Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia dijadual berlangsung di hadapan Kompleks Sogo.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kempen dijadual bermula pukul 2 petang itu bertujuan untuk membuka mata rakyat berkenaan isu semasa.

Ini termasuk kes pelepasan pertuduhan 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kempen akan dimulakan di lokasi berkenaan sebelum diteruskan ke siri jelajah seluruh negara yang akan diumumkan. MG

Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker