Dendam punca Muda keluar kerajaan – Pemuda Amanah

Dendam punca Muda keluar kerajaan – Pemuda Amanah

Pemuda Amanah membidas tindakan Muda keluar blok kerajaan yang didakwa kerana presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu membalas dendam selepas parti itu tidak diterima menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya Hasbie Muda berkata Ahli Parlimen Muar itu diihat sengaja ‘membutakan diri’ kerana keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi yang dijadikan alasannya bertindak sedemikian, bukan dipengaruhi Kabinet.



“Pihak pendakwaan juga telah menerangkan 11 sebab di sebalik DNAA itu, namun Syed Saddiq dan Muda sengaja membutakan diri.

“Jelas Syed Saddiq hanya membalas dendam selepas Muda tidak diterima sebagai PH,” katanya dalam kenyataan.

Hasbie turut mengajak ahli Muda yang masih yakin dengan kerajaan perpaduan untuk melaksanakan pembaharuan boleh menyertai Amanah.

Semalam Muda secara rasmi mengumumkan keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga sebagai protes keputusan DNAA Zahid terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.



Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu. FMT

Dendam punca Muda keluar kerajaan – Pemuda Amanah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker