PH kekal penguasaan di Pulai, Simpang Jeram

PH kekal penguasaan di Pulai, Simpang Jeram

Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penguasaan di dua kerusi terbabit Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor iaitu Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dalam keadaan peratusan keluar mengundi agak rendah hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam tadi, calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang juga bekas Speaker DUN Johor mendahului lawannya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas.



Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Di Simpang Jeram pula, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH mendahului dengan majoriti 3,514 undi.

Berdasarkan undian tidak rasmi Nazri memperoleh 13,844 undi, diikuti calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya (10,330 undi) dan calon Bebas, S Jeghanaathan (311 undi).

Kedua-dua PRK berkembar berkenaan dijalankan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.



Pada PRU-15 November lalu, Salahuddin menang di kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726, manakala Loh Kah Yong daripada PN meraih 20,677.

Di Simpang Jeram pula, Salahuddin menewaskan Zaril Salleh daripada PN dengan 6,360 undi; Datuk Lokman Md Don daripada BN (6,062 undi) dan Mahaizal Mahmor daripada PEJUANG (208 undi).

Bagi proses pengundian di Parlimen Pulai, sebanyak 47 pusat pengundian melibatkan 294 saluran dibuka, manakala di Simpang Jeram melibatkan 14 pusat mengundi dengan 68 saluran disediakan.

Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar setakat jam 5 petang iaitu sejam sebelum pusat mengundi ditutup menunjukkan 45 peratus keluar bagi Parlimen Pulai, manakala 59 peratus di Simpang Jeram.



Berdasarkan tinjauan di Pulai pagi tadi, proses pengundian berjalan lancar meskipun cuaca yang pada mulanya cerah dan mendung di beberapa kawasan pengundian, bertukar hujan lebat sehingga kira-kira 12 tengah hari.

Di Simpang Jeram pula, cuaca kekal mendung daripada pagi sehingga tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika tinjauan ke pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, memaklumkan bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab di Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. BH

PH kekal penguasaan di Pulai, Simpang Jeram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker