ND Lala kena sound dengan kekasih anak, jangan main petik nama

ND Lala kena sound dengan kekasih anak, jangan main petik nama

Susulan kenyataan penyanyi Datuk ND Lala mengenai kisah rumah tangga serta isu peribadinya yang menjadi tular di media sosial tempoh hari, seorang wanita dipercayai kekasih kepada anak lelaki penyanyi itu tampil membuat beberapa penafian terhadap kenyataan ND Lala.

Berang namanya disebut dalam video berkenaan, wanita yang bernama Eiza Idanie itu mendakwa kenyataan penyanyi itu sebagai satu penipuan dan mengarut semata-mata.



Pakcik dah petik nama saya ni. Baik tarik balik apa pakcik merapu ni. Sanggup pakcik menipu kata kami mencuri.

Jangan pakcik nanti lagi terbuka pekung pakcik. Orang narsistik memang macam ni. Saya tak bolehlah bila tengok suami membelakangi isteri.

Dalam salah satu video tersebut, ND Lala berkata anak lelakinya bersama kekasih telah mengambil kereta milik isterinya kini, Siti Munirah yang berada di Kedah.

Pakcik boleh rakam video, kami tak boleh? Sedangkan masa itu pakcik sendiri cakap dekat kami, uncle rekod video, Eiza pun boleh rekod video. Jadi saya rakam video, baru adil!



Masa itu Syafiq ikut cakap pakcik sebab dia masih ada hormat pakcik sebagai bapanya dan masa itu kami belum dapat sahkan pakcik dah berkahwin sorok dengan Munirah.

Pakcik lebih baik diam. Tak habis lagi nak tulis point satu point dua sampai malas orang nak dengar. Semua pakcik saja yang betul. Orang lain semua salah. Pakcik betul-betul narsistik.

Terdahulu, penyanyi berkenaan telah membuat beberapa hantaran video di Instagram di mana dia mengaku sudah bernikah dengan Siti Munirah dan bertindak menceraikan isteri pertamanya, Fauziah Sarman setelah dia tidak bersetuju untuk berpoligami.

ND Lala kena sound dengan kekasih anak, jangan main petik nama



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker