Lelaki pijak al-Quran depan kedutaan Turkiye di New York

Lelaki pijak al-Quran depan kedutaan Turkiye di New York

Seorang individu tidak dikenali bertindak melemparkan senaskhah al-Quran ke tanah sebelum menyepak kitab suci umat Islam itu di luar pekarangan kedutaan Turkiye di New York.

Lapor Agensi Anadolu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.46 pagi (waktu tempatan) semalam melibatkan naskah al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris.



Kakitangan keselamatan Turkish House dilaporkan segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Video tular di media sosial turut menunjukkan dengan jelas aksi seorang lelaki melempar buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit mengatakan ‘Ini al-Quran’.

Insiden pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark atas alasan kebebasan bersuara baru-baru ini mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik negara itu. Utusan



Lelaki pijak al-Quran depan kedutaan Turkiye di New York

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker