Pemuda UMNO minta Idrus dan Tommy beri penjelasan

Pemuda UMNO minta Idrus dan Tommy beri penjelasan

Pemuda UMNO mahu dua bekas Peguam Negara tampil memberikan penjelasan berhubung dua keputusan mahkamah membabitkan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata bagi berlaku adil, Tan Sri Idrus Harun perlu memberi penjelasan mengenai pelepasan tanpa bebas oleh Mahkamah Tinggi kepada Presiden UMNO itu, manakala Tan Sri Tommy Thomas pula wajar menjelaskan mengenai pelepasan tanpa pembebasan Guan Eng dalam kes rasuah sebelum ini.



Beliau turut menuntut penjelasan Tommy mengenai maksud yang ditulis dalam buku ‘My story : Justice in the wilderness’ bahawa beliau terbabit secara langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terhadap individu politik ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga menggesa sekali lagi untuk Tommy menyatakan sama ada benar atau tidak mengenai beberapa dokumen yang telah tersebar terhadap kes Datuk Seri Najib Razak yang mana walaupun tidak mempunyai bukti untuk kes ‘prima facie’ tetapi beliau tetap meneruskan pertuduhan.

“Pemuda UMNO turut menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat dijalankan segera untuk menyiasat apa yang terkandung di dalam buku tulisan Tommy itu yang dilantik sebagai Peguam Negara oleh Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, sekiranya terdapat unsur salah laku atau pertuduhan terpilih yang dilakukan oleh mana-mana pemegang kuasa ketika itu, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada pemimpin lain supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada.



Semalam, DAP mahu Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Semalam pula, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.



Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. BH

Pemuda UMNO minta Idrus dan Tommy beri penjelasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker