Jangan main dengan hukum halal, haram ini – Pemuda UMNO

Jangan main dengan hukum halal, haram ini – Pemuda UMNO

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak mempermainkan soal hukum halal haram dalam kempen pilihan rayanya supaya pengundi menolak calon PH.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata ini kerana setiap kenyataan dan ucapan yang keluar dari Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri akan memberi kesan terhadap pemikiran rakyat.



“Hukum dah jatuh halal, haram ini bagi saya perkara yang tak boleh dibiarkan sebab bila jatuh haram ini fatwa.

“Dia (Muhyiddin) ini pemimpin, ada yang cakap ia sekadar cakap-cakap tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin ini pemimpin dan mantan perdana menteri, jadi sudah tentulah rakyat akan terkesan dengan setiap bait-bait kata yang dikeluarkan oleh pemimpin.

“Saya percaya hukum haram nak kata halal, halal nak kata haram ini bukan tugas kita kalau tak ada dalil, tak ada ijma (kesepakatan) dari ulama jangan dibuat main,” tegasnya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan bola sepak Ketua Pemuda Umno Bahagian Bakri, di Padang Kg Kenangan Tun Dr Ismail 2, Muar, hari ini.

Muhyiddin berkata pengundi perlu menolak Suhaizan bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana PN di Kempas, Johor Bahru malam tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali dan calon PN Zulkifli Jaafar.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kaiat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana.

“Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” kata Muhyiddin seperti dipetik laporan Berita Harian.



Mengulas lanjut, Akmal berkata tindakan Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu tidak boleh dibiarkan.

“Saya faham di waktu pilihan raya ini semua nak menang, kita nak berbeza pendapat dan ideologi ini tiada masalah tetapi jangan menggunakan sentimen menghukum.

“Jadi saya mintalah sepanjang kita berkempen ini kita boleh berbeza pendapat, kita boleh berbahas mengenai ideologi, polisi tetapi jangan menggunakan sentimen agama.

“Jangan gunakan sentimen sebegini sepanjang tempoh kempen kerana ini tidak baik untuk minda masyarakat dan kita nak berkempen dengan sihat,” tegasnya.



Kata Akmal, politik sepatutnya menyatu-padukan rakyat dan bukannya untuk memecah belahkan masyarakat.

“Politik ini tidak boleh dipecah-pecahkan, politik ini tidak boleh memecahkan masyarakat tetapi ia perlu menyatu-padukan masyarakat.

“Saya haraplah kalau sentimen-sentimen 3R (agama, kaum, raja) ini boleh dihentikan dan saya percaya rakyat di Johor ini matang untuk memikirkan mana yang terbaik untuk mereka dan saya seru baik di pihak kami dan juga di pihak belah saya kita kena ada politik yang matang dan juga politik yang progresif,” tegasnya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram 9 September ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.



DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH Ir Nazri Abdul Rahman, Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas, S Jeganathan. Mk

Jangan main dengan hukum halal, haram ini – Pemuda UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker