Chef Wan botak selepas jalani kimoterapi
Chef Wan botak selepas jalani kimoterapi
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini pernah membuat perkongsian mengenai yang sudah mula mengalami simptom keguguran rambut setelah menjalani beberapa rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara, sejak disahkan menghidap kanser limfoma.
Kini, Chef Wan menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik foto yang memaparkan dirinya yang tampil dengan imej botak . Jelas Chef Wan, beliau mempunyai keyakinan dalam diri berbanding bimbang akan pendapat orang lain terhadap penampilannya yang berbeza.
“Apabila badan anda mula mengecut, double chin mula muncul di bawah leher anda. Qamal berkata kepada saya selepas mencukur sebahagian besar rambut saya. ‘Mungkin anda mahu memakai topi untuk menutup kepala jika anda keluar’.
Saya memberitahunya bahawa saya mempunyai lebih keyakinan dalam diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil diri di khalayak ramai.”-kongsi Chef Wan
Akui membawa imej botak buat masa sekarang atau selamanya tidak menjadi satu kebimbangan, Chef Wan sempat berseloroh mahu membawa watak seorang ‘Atuk Toyol’ yang sering menculik kanak-kanak pemalas dan suka ponteng sekolah dalam siri pendek animasi terkenal Malaysia, iaitu Upin & Ipin.
“Saya memang nampak macam Mr Cone Head juga 😂😂😂. Ahh series baru Upin dan Ipin boleh la Atok main watak Atok Toyol culik anak-anak kampung yang malas nak belajar suka ponteng sekolah 🎃🤪👻👻.”-seloroh Chef Wan
Dalam pada itu, Chef Wan turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu tampil dengan imej ‘botak licin’ kerana bimbang terhadap bilah pencukur yang akan terkena pada kulit kepalanya, dan secara tak langsung akan menyebabkan berlaku jangkitan.
Sama-sama kita doakan agar Chef Wan cepat sembuh ya… Mr
Chef Wan botak selepas jalani kimoterapi
Baca Artikel Menarik:
- Ahli politik dera pembantu rumah
- Scam apa harga RM5?
- Ayu Puteh jadi lumpuh sementara
- Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar
- Pukul penunggang motor di Cheras, polis lakukan siasatan [VIDEO]
- Makan seafood RM1,102, bayar RM400 keluar lari dari restoren
- Faizal Tahir dedahkan Siti hamba Allah paling baik dan dermawan
- Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri [VIDEO]
- Mufti Kelantan tegur Muhyiddin
- Kakitangan awam maut selepas bertumbuk
- Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta
- Dialah orang politik, dialah mufti
- Muhyiddin tak tahu ke?
- Cukuplah Uqasha – Kamal Adli
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)
‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’
You must be logged in to post a comment.