Zahid tersinggung..
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menasihatkan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed, agar tidak menggunakan pentas kempen PRK Simpang Jeram dan Pulai untuk memburuk-burukkannya.
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, sebagai seorang ulama dan pernah menjadi sahabat baiknya, Mahfodz patut memperlihatkan akhlak yang baik.
“Saya nak tanya dengan Ustaz Mahfodz, berapa lama beliau kenal saya. Adakah, saya seburuk itu? Walaupun saya tahu beliau memang orang yang baik, tetapi janganlah gunakan pentas kempen ini untuk memburukkan sahabat baik beliau.
“Dan saya fikir seorang ulama mesti menunjukkan akhlak yang baik, (mengeluarkan) perkataan-perkataan yang baik dan beliau sendiri pernah berkawan dengan saya begitu lama,” katanya kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih Desa @ Simpang Jeram: Mini Ekspo Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan Desa di Sungai Abong, Muar, petang semalam.
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan Mahfodz pada Rabu yang menyatakan keyakinannya bahawa Umno akan kembali bersama PAS dan Bersatu sekiranya ahli Parlimen Bagan Datuk itu bukan lagi Presiden Umno.
Mahfodz ketika berucap pada ceramah kelompok di Kampung Jeram, Muar, berkata dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu akan dapat merealisasikan hasrat untuk terus menguasai kepimpinan negara.
Mahfodz juga dilaporkan berkata PAS, Bersatu dan Umno juga wajib bersatu bagi mendapatkan kemenangan besar dalam politik.
Pagi lain, malam lain
Mengulas lanjut, Zahid berkata adalah lebih baik Mahfodz menasihati kepimpinan tertinggi PAS agar istiqamah dalam berbuat sesuatu perkara atau ‘mengeluarkan fatwa’.
Meskipun tidak menamakan pemimpin terbabit, Ahmad Zahid dipercayai merujuk kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
“Beliau (Mahfodz) sangat taasub pada pemimpinnya yang kerap tukar fatwa. Maka beliau harus menasihatkan pemimpinnya itu supaya istiqomah dengan fatwa yang dikeluarkan.
“Jangan pagi fatwa lain, malam fatwa lain, esok pagi entah fatwa lain pula. Nasihatkanlah pemimpinnya supaya istiqomah,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET