Pilihan Raya Indonesia: Anies, Muhaimin sebagai calon presiden, timbalan presiden
Pilihan raya presiden Indonesia semakin rancak apabila Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar masing-masing diisytihar calon presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.
Pengumuman itu dibuat semasa majlis pengisytiharan oleh Pengerusi Parti Nasdem Surya Paloh di Surabaya, Jawa Timur dan disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Anies, 54, adalah bekas gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2022 manakala Muhaimin, juga dikenali sebagai Cak Imin, adalah presiden Parti Kebangkitan Bangsa.
Surya berkata, kedua-dua calon memiliki kualiti kepemimpinan yang boleh memberi perspektif baharu dalam menangani cabaran masyarakat pada masa hadapan.
Kedua-duanya akan didaftarkan secara rasmi sebaik pendaftaran Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dibuka dari 19 Oktober hingga 25 November.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Anies sebagai calon presiden dan Muhaimin sebagai calon timbalan presiden,” katanya pada majlis itu.
Anies menyertai senarai calon presiden yang lain, termasuk Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.– BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.