Polis tangguh ambil keterangan Abdul Hadi

Polis menangguhkan janji temu untuk mengambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sepatutnya mengambil keterangan Abdul Hadi pada hari ini namun ditangguhkan kerana masalah kesihatan yang dialaminya.

“Pegawai perakam dimaklumkan oleh wakil beliau (Abdul Hadi) masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Sementara itu, tinjauan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut mendapati tiada mana-mana individu hadir ke premis berkenaan.

Difahamkan, pertemuan berkenaan sepatutnya berlangsung kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Semalam, media melaporkan, kenyataan pemimpin itu dijangka diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di pejabat beliau yang terletak di ibu negara.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan selepas pihak Abdul Hadi bersetuju untuk tampil memberi keterangan.



Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X (dulu dikenali sebagai Twitter) mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker