DAP tak akan ‘layan’ MCA

MCA perlu membawa isu konsep Malaysian Malaysia diperjuangkan DAP ke dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan jika mahu membangkitkan isu berkenaan.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, berkata setakat ini pihaknya tidak perlu memberi maklum balas terhadap gesaan dikemukakan MCA itu.

“Kita tidak respon kepada gesaan MCA itu sebab kita dalam konteks Kerajaan Perpaduan.

“Apa-apa cadangan MCA boleh bawa kepada mesyuarat Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak pemasaran satelit Starlink di Kampung Orang Asli Sungai Temon di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa DAP memberi penjelasan mengenai konsep Malaysian Malaysia dibawa parti itu supaya tidak lagi menyumbang kepada ketegangan kaum.

MCA juga meminta DAP mengakui kesilapan kepada rakyat jika konsep Malaysian Malaysia selari dengan janji parti itu menghapuskan kuota Bumiputera dan mengembalikan penggunaan bahasa.

Terdahulu isu itu dibangkitkan, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta DAP menggugurkan tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ dan menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker