Wisma Putra perlu panggil Duta China ‘mengadap’
Gerakan menggesa kerajaan memanggil duta besar China ke negara ini susulan penerbitan peta negara itu yang antaranya meliputi perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.
Naib Presiden Gerakan Alexander Lo Su Hyen berkata tindakan menghantar nota bantahan sahaja tidak cukup.
“Gerakan memandang serius terhadap sebarang isu kedaulatan negara dan ingin menggesa kerajaan PH-BN untuk bertindak sedemikian untuk melindungi kedaulatan negara kita,” katanya.
Semalam, Menteri Luar Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan akan menghantar nota bantahan terhadap China susulan tuntutan negara itu di Laut China Selatan seperti digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023.
Wisma Putra sebelum ini berkata, peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Lo yang juga pengerusi Gerakan Sabah mengingatkan bahawa provokasi terus dibuat terhadap negara ini, terutamanya dałam kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan sebelum ini pernah memanggil Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing bagi menyatakan bantahan atas isu pencerobohan kapal negara itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET