UMNO tidak pernah bergabung dengan DAP, hanya kerjasama dengan PH

UMNO tidak pernah bergabung dengan DAP, hanya kerjasama dengan PH

Masih ada ahli UMNO yang kurang jelas dengan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh DAP.

Ketua penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata, kekeliruan yang berlaku ini boleh menyebabkan ramai ahli yang hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), sekali gus merugikan UMNO.



Sehubungan itu, beliau berkata, ahli UMNO perlu jelas dengan asas penubuhan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan lima gabungan iaitu PH, BN, Parti Warisan Sabah (Warisan), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Di dalam gabungan itu, terdapat 19 parti termasuk parti komponen BN iaitu MIC dan MCA.

“Kkeputusan untuk bekerjasama dengan PH membentuk Kerajaan Perpaduan bukan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya ia keputusan parti.

“Keputusan penyatuan gabungan itu disebabkan untuk membentuk kerajaan setelah tidak ada parti yang memperoleh majoriti mudah, jadi tak boleh kata kita bergabung dengan DAP, itu tidak betul,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada program Penerangan Isu Semasa Anda Tanya, Saya Jawab di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini malam tadi

Katanya lagi,tanggapan salah itu adalah naratif yang dibawa oleh musuh UMNO dengan niat untuk melagakan sesama ahli.

Oleh itu, semua harus memahami dengan jelas asas gabungan tersebut, ujarnya. MG

UMNO tidak pernah bergabung dengan DAP, hanya kerjasama dengan PH



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker