Bapa sanggup lemas demi mahu selamatkan anak di Batu Feringghi
Seorang lelaki dilaporkan lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya di Pantai Miami, Batu Feringghi, di sini petang tadi.
Mangsa yang berumur 43 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala anak lelakinya berusia belasan tahun itu ditemui selamat.
Pegawai Operasi Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.28 petang.
Menurutnya, sebaik pasukan bomba sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan tidak sedarkan diri akibat lemas.
“Mangsa terlebih dahulu berjaya diselamatkan orang awam dan diberi rawatan awal oleh seorang doktor yang ketika itu sedang bercuti serta berada berhampiran lokasi kejadian bersama pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya kepada Kosmo!, di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu katanya, pihaknya dimaklumkan yang kejadian itu dipercayai berlaku semasa mangsa mahu menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus.
Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta
You must be logged in to post a comment.