Adun PN minta rakyat infaq, Altimet kesian mahu bantu sama
Ketika seorang Adun Perikatan Nasional (PN) di Selangor menjadi sasaran troll dan sindiran orang ramai kerana meminta sumbangan bagi pusat khidmat masyarakatnya, penyanyi rap dan komposer terkenal, yang kini merupakan Adun Lembah Jaya, Altimet pula tampil menawarkan bantuan.
Menariknya, Adun tersebut merupakan wakil blok pembangkang manakala Altimet pula wakil kerajaan di dalam Dewan Undangan (DUN) Negeri Selangor.
Malah, ketika dihubungi Malaysiakini, Altimet menegaskan tawaran bantuannya itu benar-benar ikhlas, bukannya berniat serong atau mempersendakan Adun berkenaan.
“Saya ikhlas hati kerana dia juga adalah Adun Selangor. Jadi, tugas dia dengan saya sama. Cuma kawasan yang kami wakili saja berbeza
“Jadi kenapa kita tak boleh tolong-menolong? Kita (wakil rakyat) harus meletakkan khidmat kepada rakyat lebih tinggi berbanding fahaman politik masing-masing,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Penyanyi Kita Jaga Kita itu juga tidak beranggapan sumbangan yang diminta adalah taktik pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Hal itu katanya disebabkan kerajaan negeri memang memberi peruntukan kepada setiap DUN, cuma ia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Tidak. Benda macam itu tak betul. Takkanlah kerajaan negeri tak beri peruntukan pada setiap ahli dewan negeri. Cuma, kita (Adun) perlu ada akses kepada kerajaan neger
“Kerajaan negeri tak boleh bagi dana sewenang-wenangnya. Kena ada claim dan SOP dan kita juga masih belum angkat sumpah lagi.
“Rakyat mungkin tak faham situasi. Segelintir mungkin berfikir kalau 12 Ogos hari mengundi, esoknya DUN dah mula berkhidmat,” jelasnya.
Terdahulu, tular poster Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di platform media sosial X memaparkan wajah Adun Jefri Mejan memohon sumbangan tabung infaq bagi peralatan dan kelengkapan Pejabat Adun N11 Ijok. Antara peralatan yang dimohon sebagai sumbangan adalah set komputer, peti ais, papan putih (whiteboard), set sofa dan internet Unifi.
Sebagai respons kepada ciapan tersebut, Altimet yang juga terkenal dengan lagu Amboi itu tampil ingin berkongsi sedikit rezeki selepas menerima wang daripada hasil royalti muzik baru-baru ini.
Katanya, dia berhasrat untuk menyumbangkan papan putih untuk Pejabat Adun N11 Ijok itu.
Bersangka baik
Selain mengundang perhatian Altimet, poster berkenaan turut menuai kecaman segelintir netizen.
Ada yang berpendapat sepatutnya, selepas memenangi pilihan raya negeri, seseorang bergelar Yang Berhormat (YB) harus menyumbangkan jasanya kepada rakyat namun, sebaliknya pula yang berlaku.
“Hairan aku dengan orang-orang PN ini, semua benda harap nak sedekah. Dah jadi YB pun minta sedekah nak bantu rakyat. Kalau nak jadi peminta sedekah, jangan bertanding…” ujar seorang pengguna media sosial.
Segelintir yang lain pula berpendapat, mereka takut untuk berinfaq terutama apabila wujud segelintir pihak yang menggunakan nama agama untuk tujuan itu.
Ditanya berhubung perkara itu, Altimet hanya menjawab ringkas.
“Itu tafsiran mereka (infaq atas nama Islam). Saya sekarang berlatih untuk husnuzon (bersangka baik),” katanya.
Sementara itu, hasil semakan di akaun Facebook Jefri Mejan mendapati, poster berkenaan sudah diturunkan beberapa jam selepas ia dimuat naik di akaun tersebut.
Pejabat Khidmat DUN 11 Ijok melalui akaun rasmi Jefri Mejan berkata, pihaknya menarik semula poster sumbangan tersebut dengan alasan berlaku “kesilapan teknikal.”
“Kami mohon maaf atas kesilapan teknikal yang terjadi,” kata hantaran itu.
Untuk rekod, melalui PRN yang berlangsung 12 Ogos lalu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad memenangi kerusi DUN Lembah Jaya menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET