Kedah tunjuk cara ‘goyang’ JDT

Kedah tunjuk cara ‘goyang’ JDT

Sekalipun terikat 3-3 pada aksi Liga Super kelmarin, Kedah Darul Aman (KDA) FC sedikit sebanyak menunjukkan indikator betapa mana-mana pasukan mampu memberi laluan yang sukar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan persiapan rapi dan strategi yang tepat.

Bekas Pengarah Teknikal PDRM FC, Mohd Fauzi Pilus melihat skuad Kenari berjaya mencatur strategi dengan keseimbangan pemain yang ada dan pendekatan yang dilakukan berjaya menekan skuad Harimau Selatan pada aksi terbabit.



“Mana-mana pasukan yang betul-betul melakukan persiapan pasti dapat mengatasi kelemahan yang ada pada JDT dan ini membuktikan pasukan lain mampu menghadirkan cabaran sengit kepada mereka.

“Saya jangkakan Kedah bermain secara defensif tetapi mereka bermain secara terbuka dan dapat hasilkan gol. JDT jelas ada kualiti apabila berjaya meledak tiga gol khususnya gol ketiga daripada Arif Aiman Hanapi.

“Kita tahu JDT sememangnya memiliki banyak kelebihan daripada semua aspek tetapi di sinilah, percaturan yang mendalam dan mikro dapat diterapkan Kedah bagi memastikan JDT tidak mendapat lawan yang mudah.

“Jadi berdasarkan perlawanan ini, pasukan lain mungkin boleh mengkaji dan buat ‘kerja rumah’ apa yang perlu dilakukan untuk berdepan JDT.



“Saya lihat Kedah memiliki kualiti pemain yang setara dengan JDT dan sebab itulah mereka dapat mengatur strategi lebih ampuh,” kata Fauzi.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati bola sepak tempatan yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim melihat keputusan 3-3 itu memberi kemenangan dari segi moral kepada Kedah.

“Kita lihat semangat Kedah memang lain macam. Mungkin mereka betul-betul berikan yang terbaik untuk jadi pasukan pertama yang menewaskan JDT dan menangguhkan seketika keraian JDT menjadi juara.

“Memang perkara yang biasa dalam bola sepak apabila prestasi kita turut ditentukan oleh prestasi lawan dan dalam konteks ini, Kedah mahu buktikan sesuatu apabila menentang JDT.



“Bola sepak itu bulat dan kita boleh hasilkan keputusan di luar jangka tetapi cabaran buat Kedah adalah bagaimana untuk mengekalkan semangat ini supaya terus konsisten dan tidak hanya beraksi sebegini ketika menentang JDT semata-mata,” katanya. BH

Kedah tunjuk cara ‘goyang’ JDT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker