Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas

Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri di Kampung Nibong, dekat sini, berdepan detik cemas apabila diikat kedua-dua tangan dan diacu parang oleh sekumpulan penyamun bertopeng yang memecah masuk rumah mereka pada awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Azlan Shah Mat Room, 36, dan isterinya, Zaleha Mamat Don, 34, kerugian sejumlah wang tunai serta barang kemas bernilai lebih RM40,000.



Menurutnya, kejadian berlaku sewaktu dia bersiap untuk tidur dan terkejut apabila didatangi enam individu bertopeng serta bersenjata tajam di hadapan pintu biliknya.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa. Mereka terus meluru masuk ke dalam bilik dan menyuruh saya meniarap atas katil sebelum kedua-dua tangan diikat menggunakan langsir yang dikoyak perompak.

“Isteri yang sudah tidur ketika itu dikejutkan mereka dan turut diikat serta dipijak perompak. Bagaimanapun mereka membuka semula ikatan isteri sebelum perompak tersebut melarikan diri kira-kira pukul 3 pagi.

“Sejurus selepas itu, isteri terus membuka ikatan tangan saya dan kami segera ke rumah bapa saudara yang tinggal berdekatan bersama dua anak lelaki berumur tujuh serta tiga tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, hari ini.



Tambah Azlan Shah yang merupakan kakitangan pihak berkuasa tempatan, dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya yang tidur di bilik bersebelahan tidak diapa-apakan serta tidak menyedari kejadian berlaku hampir dua jam itu.

Katanya lagi, sekumpulan perompak tersebut memecah masuk rumahnya melalui tingkap bilik tidur anaknya dan sebelum kejadian dia telah terdengar bunyi sesuatu dari bawah rumah namun tidak syaki apa-apa.

“Biasanya waktu malam lembu berada bawah rumah, sebab itulah saya cuma ingat haiwan itu. Tidak sangka rupanya sekumpulan perompak menarik tangga untuk untuk memecah masuk kediaman saya.

“Sepanjang lebih 10 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama dilalui. Walaupun kerugian puluhan ribu ringgit dan rumah habis digeledah, syukurlah kami sekeluarga selamat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang.



Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pecah masuk rumah mangsa terbabit. Utusan

Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker