Mengapa dengar pembangkang untuk kuatkan parti – Ketua Puteri Umno

Mengapa dengar pembangkang untuk kuatkan parti – Ketua Puteri Umno

Seorang pemimpin sayap Umno menggesa ahli mengabaikan cadangan berbaur provokasi pembangkang yang kononnya ‘simpati’ dan mahu memulihkan semula parti itu.

Mengibaratkan Umno sebagai sebuah rumah, Ketua Puteri Umno Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ahli sepatutnya perlu ‘menjaganya’ dengan sebaik mungkin supaya menjadi tempat berlindung ketika panas dan hujan.



“Mereka (pembangkang) beritahu apa Umno perlu buat tetapi dia bangkang, kenapa hendak dengar cadangannya.

“Ini rumah kita jadi kena pandai olah supaya jangan termakan provokasi dari bukan orang kita.

“Kenapa nak dengar pandangan yang bukan bersama kita,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kritikan bekas pemimpin parti itu yang kini bersama atau menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam menyelamatkan Umno yang berdepan prestasi tidak menentu sejak PRU14 dan terbaru PRN enam negeri.



Umno yang menaungi Barisan Nasional (BN) hilang kuasa mentadbir Putrajaya pada PRU14 dan menjadi sebahagian kerajaan perpaduan menerusi kerjasama dengan PH selepas PRU15.

Pada PRN enam negeri bulan lalu pula, Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi.

Bekas presiden Umno Dr Mahathir Mohamad pada kempen PRK Pulai mendakwa tidak mungkin Umno dapat dipulihkan semula dan ahlinya perlu menyokong PN jika tidak mahu terus ditipu parti hanya memperjuangkan nasib Presidennya Zahid Hamidi.

Sementara itu, Nurul Amal berkata Puteri Umno akan menumpukan usaha menarik sokongan wanita berusia 15 tahun ke atas dengan menumpukan kepada penggunaan media sosial.



“Kena kuatkan dalaman dahulu barulah boleh rempuh (cabaran) di luar,” katanya. FMT

Mengapa dengar pembangkang untuk kuatkan parti – Ketua Puteri Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker