Pengajaran Hadis 40 jamin kestabilan, keharmonian negara berbilang kaum – Anwar

Pengajaran Hadis 40 jamin kestabilan, keharmonian negara berbilang kaum – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masyarakat bukan Islam di negara ini memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Menurut beliau, perkara itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, khususnya buat masa depan.

Menurut beliau, pihaknya bimbang pendidikan Islam sedia ada akan menyebabkan generasi muda mudah terpengaruh kerana tidak memahami ajaran Islam sepenuhnya.

“40 hadis ulama itu sebagai asas untuk orang Islam terutama anak muda, ia penting bagi mereka kuasai dan fahami Islam, jadi jangan salah faham sebab kita bukan paksa (murid) bukan Islam.

“Keduanya, kalau ilmu setakat yang ada sekarang, jadi orang ingat tindakan maki hamun, cerca dan fitnah itu dianggap sebagai sebahagian daripada Islam. Sebab itu penyelesaian adalah mendalami ilmu Islam yang bersandar kepada Al-Quran dan kupasan ulama muktabar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Bersama Pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sehubungan itu, Anwar berharap isu berkenaan tidak lagi diungkit khususnya oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam di negara ini. K Online

Pengajaran Hadis 40 jamin kestabilan, keharmonian negara berbilang kaum – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker