Jangan guna lambang parti salur bantuan kerajaan – Anwar

Jangan guna lambang parti salur bantuan kerajaan – Anwar

Sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram tidak boleh menggunakan lambang parti, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu juga telah dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.



“Ada berbangkit tentang penyaluran bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, lambang parti tidak boleh digunakan. Ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua kes berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

“Arahan kita perkara ini (guna lambang parti), tidak boleh kerana bantuan kerajaan harus disalur atas nama kerajaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan 1,000 bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia di sini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada esok, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub pada 23 Jul lalu.



Anwar berkata sepanjang tempoh berkempen juga semua pemimpin dan jentera parti diminta mematuhi dan menghormati segala peraturan ditetapkan SPR bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya. FMT

Jangan guna lambang parti salur bantuan kerajaan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker