Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15

Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15

Umno Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat sumber kewangan Perikatan Nasional (PN) sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, PN di Terengganu didakwa membelanjakan wang yang banyak ketika PRU-15.



Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, laporan akan dibuat pihaknya bagi meminta SPRM menyiasat sumber kewangan parti berkenaan.

“Jadi kita minta SPRM siasatlah dari mana punca kewangan yang begitu banyak

“(Setakat hari ini) kita masih belum buat laporan kerana saya masih berada di Kuala Lumpur dan Insya-Allah, dalam sehari dua lagi, kita akan buat laporan kepada SPRM,” katanya dihubungi hari ini. HM

Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari



Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker