Pengantin ‘photoshoot’ bersama lembu baka charolais kesayangan

Pengantin ‘photoshoot’ bersama lembu baka charolais kesayangan

MARANG: Gambar perkahwinan biasanya dirakam di kawasan pantai atau taman namun berlainan bagi Mohd Nazri Mamat dan pasangannya, Jenat Saat dari Kampung Bukit Parit, dekat sini.

Pasangan pengantin itu mencipta kelainan tersendiri apabila memilih bergambar bersama lembu baka charolais kesayangan mereka pada hari perkahwinan Sabtu lalu.



Gambar perkahwinan pasangan itu turut tular di media sosial selepas beberapa keping gambar perkahwinan mereka dikongsikan di Facebook sejak semalam.

Mohd Nazri, 34 berkata, dia bersama isterinya berusia 38 tahun sepakat merakam gambar perkahwinan dengan lembu charolais kesayangan yang dipanggil Kiko itu.

“Lembu jantan itu saya jaga sejak ia berusia beberapa hari selepas dilahirkan malah saya membantu menyusukan Kiko selama tiga bulan menggunakan botol susu.

“Kiko saya jaga seperti anak sendiri oleh itu sangat penting bagi saya untuk merakam gambar bersama Kiko pada hari bersejarah saya dan isteri.



“Saya dan isteri berkawan lebih sembilan tahun dan isteri sudah sedia maklum mengenai Kiko dan kegiatan penternakan lembu yang saya jalankan,” katanya.

Ketika ini, Mohd Nazri memiliki 15 lembu baka charolais dan 25 kambing baka jamnapari selain sebagai tukang rumah.

“Saya gembira dapat bergambar dengan Kiko selepas selesai akad nikah dan ia menjadi gambar yang paling berharga dan mempunyai kisah tersendiri.

“Rasa syukur kerana isteri menerima idea itu serta tidak kekok bergambar dengan lembu, maklumlah sudah berhias cantik-cantik tetapi akhirnya bergambar dengan lembu.



“Mendapat isteri yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada saya menceburi bidang penternakan ialah satu bonus,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga dan kenalan rapat pada mulanya kurang bersetuju apabila dia dan isteri memberitahu hasrat untuk bergambar bersama lembu kesayangan.

“Mereka bimbang sekiranya saya dan isteri ditanduk lembu kerana kami memakai pakaian pengantin berwarna merah.

“Bagaimanapun segala proses bergambar dengan Kiko berjalan dengan lancar kerana Kiko memang biasa bergambar dan sangat jinak,” katanya.



Bercerita lagi katanya, Kiko berusia dua tahun itu ialah anak kepada ibu lembu baka charolais yang dibeli dengan harga RM50,000 seekor pada 2018 di Kelantan.

“Kiko pernah ditawarkan dengan harga RM10,000 seekor ketika berusia tujuh bulan tetapi saya tidak berhasrat untuk menjualnya kerana terlalu sayangkan lembu itu,” katanya. BH

Pengantin ‘photoshoot’ bersama lembu baka charolais kesayangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker