‘Kita hanya rampas 2 buku saja bukan satu kedai’

‘Kita hanya rampas 2 buku saja bukan satu kedai’

Tindakan anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas dua naskhah buku bertajuk Marx Sang Pendidik Revolusioner dan Koleksi Puisi Masturbasi, dibuat berdasarkan aduan orang awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN berhak mengambil dua buku terbabit untuk diselidik dan diteliti isi kandungannya yang mengandungi unsur boleh menggugat ketenteraman awam.



“Istilah lebih tepat ialah kami pergi ambil dua buku saja, bukan (rampas) satu kedai, konotasi dibuat kononnya satu kedai dirampas sedangkan kami bertindak atas aduan awam.

“Jadi bertindak di atas aduan, kami pergi ambil dua buku itu saja dan tujuannya untuk penyelidikan, penelitian, semakan kalau isi kandungannya itu bertentangan dengan aspek yang diperuntukkan dalam undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keluhan pemilik kedai buku dikenali Benz Ali yang kecewa dengan tindakan KDN merampas buku dijual di kedainya itu.

Benz mempertikaikan rampasan terbabit selepas mendakwa buku berkenaan tidak tersenarai dalam kategori yang dilarang untuk dijual. BH



‘Kita hanya rampas 2 buku saja bukan satu kedai’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker