Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

“Kita ini (Malaysia) sangat-sangat ‘unik’, (dalam tempoh) lima tahun, (sudah ada) empat Perdana Menteri. Korang (kamu) ingat kerajaan Malaysia macam spender ke apa? Tak puas hati, tukar, marah sikit, tukar”.

Demikian luahan penyanyi rap terkenal, Caprice susulan pelbagai isu yang melanda negara ketika ini membabitkan politik terutama yang terbaharu berhubung tindakan Perikatan Nasional (PN) mencadangkan negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu menggunakan logo dan tema yang berbeza berbanding di peringkat nasional.

Beliau menegaskan, musim Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlalu termasuk musim Pilihan Raya Negeri (PRN).

“(Untuk itu) boleh tak kita semua bersatu demi merdeka dan demi masa depan Malaysia, boleh tak?

“Inilah (jika asyik nak bertukar Perdana Menteri) sebab orang luar susah nak invest (melabur) dekat Malaysia. Kalau syarikat punya bos, asyik-asyik tukar, korang (kamu) yakinkah nak invest? Confirm tak.

“Hang (kamu) ingat nak bina negara ini, macam buat mi segera? Nak bina satu bangunan pun ambil masa empat tahun, nak buat konsert pun perlu enam bulan, ini nak bina negara,” katanya dalam rakaman di akaun Instagram miliknya.

Menurut Caprice, semua pihak perlu berhenti berpolitik jika mahukan negara ini stabil.

“Macam mana nak stabil kalau asyik-asyik nak tukar spender? (Marilah) sama-sama rapatkan saf, sama-sama baiki, sama-sama bina (negara),” katanya.

Baru-baru ini, PN mengumumkan penggunaan logo dan tema sendiri di negeri-negeri ditadbir gabungan parti itu

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker