Ucapan Menteri Besar Kelantan jelas pemikiran ‘takfiri siyasi’
Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof berkata kerajaan persekutuan ada tanggungjawab untuk menegur mana-mana pihak yang menurutnya cuba mewujudkan unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Mujahid berkata demikikan ketika merujuk ucapan Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud semalam yang menyifatkan dua kerusi DUN Kelantan yang dimenangi PH-BN sebagai milik pihak yang “menentang perjuangan Islam”.
“Jelaslah pemikiran takfiri siyasi menguasai pemikiran kerajaan Kelantan, iaitu pemikiran menganggap seteru politiknya sebagai tidak perjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif perjuangkan Islam.
“Kesan pemikiran takfiri siyasi memecah-belahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam yang ‘dipenjarakan’ secara monopoli politik,.
“Rakyat Kelantan telah membuat keputusan dan kita perlu menghormati pilihan mereka namun menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menegur unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nassuruddin berkata demikian dalam kuliahnya di Kota Bharu, semalam.
Menurut video yang tular itu, Nassuruddin juga menyifatkan kemenangan PAS dalam PRN baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam.
Nassuruddin antara lain dipetik sebagai berkata: “Alhamdullilah orang muda bersemangat, orang tua tu sokmo dah sokong perjuangan Islam. (Tapi) orang muda sokong, alhamdullilah, sehingga tinggal dua kerusi.
“Takpolah kena ada juga. Orang nak tengok lagu mana hak lawan perjuangan Islam ni… lagu mano. Jadi rakyat buleh tunjuk, lagu tu lah pesen,” katanya.
Dua kerusi itu ialah Galas yang dimenangi Mohd Syahbuddin Hashim dari Umno dan Kota Lama oleh Dr Hafidzah Mustakim dari Amanah.
Kedua-dua Adun terbabit beragama Islam.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)
You must be logged in to post a comment.