Guna tema dan logo berbeza, khianati prinsip federalisme
Guna tema dan logo berbeza, khianati prinsip federalisme
Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah gabungan itu dilihat seolah-olah mengkhianati prinsip federalisme.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Mujibu Abd Muis, berkata itu berkenaan mampu merenggangkan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri memandangkan sambutan Hari Kebangsaan bersifat nasional dan diraikan bagi mengenang perjuangan menuntut kemerdekaan negara menerusi penyatuan kaum.
“Federalisme merujuk kepada semangat kerjasama dan hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri yang lazimnya dalam hal-hal keraian dan sambutan bersifat kebangsaan, negara dan negeri akan ikut serta patuh tanpa prejudis.
“Menggunakan logo dan tema berlainan jelas bermotifkan politik. Ia tidak patut berlaku atas keperluan untuk menghormati semangat berpersekutuan,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, sambutan itu sepatutnya dijadikan langkah memupuk perpaduan dan penyatuan, bukannya digunakan sebagai kesempatan untuk berpolitik yang akan memecahbelahkan perpaduan rakyat.
Justeru Mujibu meminta Fadhli yang juga ketua Pemuda PAS itu mempertimbangkan semula cadangan berkenaan.
Sementara itu, penganalisis politik dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir mempersoalkan niat tindakan tersebut kerana ia seolah-olah menunjukkan rasa tidak hormat kepada prinsip Rukun Negara yang menganjurkan perpaduan lebih erat dalam kalangan masyarakat.
Katanya, tindakan itu juga mampu merenggangkan hubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
“Dalam soal sambutan negara ini, kita haruslah seiring sejalan, bukan sahaja orang politik yang terbabit tetapi juga belia dan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih bersekolah, jadi mungkin mereka akan kata kenapa tidak sama? Jadi saya rasa ia akan dapat memberikan kesan negatif kepada negara,” katanya.
Terdahulu, Fadhli dilaporkan berkata, empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema diumumkan peringkat Persekutuan.
Logo diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”. FMT
Guna tema dan logo berbeza, khianati prinsip federalisme
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)