Stadium Merdeka bakal dibuka semula
Stadium Merdeka bakal dibuka semula
Stadium Merdeka, satu daripada mercu tanda ikonik bersejarah negara dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang suku pertama 2024 selepas ia ditutup sejak 2016.
Pelbagai aktiviti termasuk sukan, acara warisan dan gaya hidup telah disediakan untuk pengunjung apabila stadium ikonik berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB) Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud berkata sekolah dan kelab sukan akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti sukan mereka di stadium itu.
“Stadium yang bertemakan penyatuan dan inklusif adalah hasrat Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Stadium Merdeka untuk membawa dan menyatukan semua rakyat Malaysia. Lokasi untuk pelari dan pelajar sekolah mencari trek larian yang sesuai di dalam bandar tidak jauh dari tempat mereka bekerja atau tinggal.
“Apabila dibuka semula, ia juga akan menjadi tempat penganjuran hari sukan dan kem latihan untuk sekolah, manakala kelab bola sepak boleh menyambung latihan dan perlawanan persahabatan di stadium,” katanya kepada Bernama selepas melawat stadium itu, di sini baru-baru ini.
Tengku Ab Aziz berkata PMVSB juga berhasrat untuk menganjurkan acara berjalan kaki warisan dan lawatan berpandu untuk pengunjung harian bagi mempromosikan tapak sejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 1957.
Beliau percaya kerjasama dengan jenama gaya hidup dan kecergasan untuk penganjuran pelbagai acara seperti larian bulanan, yoga, taici atau outdoor spin juga merupakan potensi yang belum diterokai untuk Stadium Merdeka.
“Sambutan tahunan bertemakan Merdeka melalui aktiviti bersama jiran sedia ada diharap dapat mengaktifkan stadium dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Kami juga sedang mengkaji kemungkinan menjual pelbagai minuman berkonsep ‘pop-up’ atau kafe makanan serta minuman dengan harga berpatutan,” katanya.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila ia mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun dan menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
PMVSB telah menubuhkan Merdeka Heritage Trust (MHT) pada 2006 untuk memulihkan, memelihara dan mengurus Stadium Merdeka, termasuk pemindahan teres tempat duduk untuk kapasiti tempat duduk yang lebih besar iaitu 45,000 tempat duduk yang dibina untuk Sukan SEA 1989.
Apabila Menara Merdeka 118 siap kelak, pengunjung boleh mempunyai akses mudah ke Stadium Merdeka serta ke Masjid Merdeka yang baru dibina, Merdeka Boulevard dan Muzium Tekstil Merdeka, semuanya terletak berhampiran dengan pintu masuk utama stadium.
“Orang ramai juga boleh menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan, dikelilingi oleh tarikan komersial, riadah dan runcit. Presint Merdeka 188 akan menjadi destinasi utama rakyat Malaysia dan juga pelawat antarabangsa,” katanya.
Bagi peminat sukan, Stadium Merdeka pastinya tempat yang penuh kenangan, menjadi kubu kuat Harimau Malaya, dalam menganjurkan pelbagai Pestabola Merdeka dan perlawanan bola sepak, melihat pemain handalan dari Jepun dan Korea Selatan, serta pertarungan tinju bersejarah antara “The Greatest” Muhammad Ali dan Joe Bugner pada tahun 1975.
Stadium itu juga telah menyaksikan beberapa penganjuran konsert oleh artis terkenal dunia termasuk Michael Jackson pada 1996, Linkin Park, Mariah Carey, Avril Lavigne, Justin Bieber dan Jennifer Lopez. BH
Stadium Merdeka bakal dibuka semula
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)
You must be logged in to post a comment.