Tular guru kecewa, ini kata Fadhlina

Tular guru kecewa, ini kata Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan setiap pemimpin komuniti yang sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.

“KPM sentiasa berusaha untuk memastikan penglibatan menyeluruh semua murid institusi pendidikan bawah KPM dalam sukan dan kegiatan kokurikulum yang dapat menggilap bakat dan membentuk kemahiran insaniah,” katanya.

Sebelum ini, tular seorang guru di Sabah meluahkan kekecewaan selepas pasukan bola sepak Keningau bawah 18 tahun (B-18) yang menjuarai kejohanan MSS Sabah baru-baru ini, tidak dihantar ke Kejohanan MSSM yang diadakan di Johor.

Guru itu mendakwa, skuad kendaliannya itu tidak dapat ‘diterbangkan’ ke Johor susulan masalah kewangan.



Terdahulu, Fadhlina berkata, kementeriannya sentiasa cakna mengenai isu yang ditularkan dalam media sosial itu.

Jelas beliau, kementerian juga sudah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk penganjuran sukan dan aktiviti kokurikulum di setiap peringkat bagi menjamin kemenjadian murid yang menyeluruh termasuk dalam sukan.

“Peruntukan juga diberi kepada setiap jabatan pendidikan negeri bagi memastikan aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya. Utusan

Tular guru kecewa, ini kata Fadhlina



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker