Kunci yang dituntut Islam

Kunci yang dituntut Islam

Untuk menjadi seorang manusia yang bertakwa dan diredai Allah, dia mestilah mempunyai kunci. Dan kunci yang dimaksudkan ialah ilmu. Ya, ilmu bukan sahaja menjadi kunci ungkapan kalau malah ilmu juga merupakan kunci pada segala-galanya.

Paling mudah dan paling asas apa yang boleh ditafsirkan dengan ilmu ialah, seseorang yang berilmu akan tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Mudah bukan?



Dalam Islam, ilmu merupakan teras utama yang menduduki tempat tertinggi. Ilmu ini ialah ilmu yang dapat mengenali dan mendekatkan diri seseorang kepada pencipta-Nya iaitu Allah Taala. Sesungguhnya, orang yang menuntut dan mencari ilmu adalah orang yang sangat beruntung kerana mereka ini akan diberi ganjaran yang pelbagai oleh Allah.

Abu Darda’ r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga”.

Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah kerana membukakan satu jalan bagi hamba-Nya untuk mencari syurga iaitu melalui ilmu.



Hadis riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah juga menyatakan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

“Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang.

Sesungguhnya ulama adalah pewaris anbiya dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak.”

Allah juga berfirman di dalam surah al-Fatir: 28,



“Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu).”

Tidak dapat dinafikan, Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Bahkan jika dirujuk pada al-Quran, ayat pertama yang diturunkan iaitu surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 adalah ayat yang menceritakan tentang ilmu pengetahuan.

Malah menuntut ilmu adalah satu kewajipan serta tuntutan terhadap setiap manusia untuk mencapai taraf insan. Itu kerana ia menjadi kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan sama ada perkara tersebut baik atau tidak. Malah ia juga menjadi alat penimbang untuk mengukur sesuatu perkara itu batil atau tidak.

Firman Allah dalam surah al-Mujadalah: 11,



“Supaya Allah S.W.T. meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu dengan beberapa darjat”

Inilah ganjaran di akhirat dan kemuliaan di dunia bagi seseorang yang menuntut ilmu. Mereka akan memperoleh kemudahan untuk masuk ke syurga serta mendapat sakinah dan rahmah dari Allah.

Bukan sekadar itu, bahkan para malaikat akan turut memberi perlindungan kepada orang yang berilmu dan inilah peluang yang besar serta dorongan yang Allah berikan kepada mereka. Apa yang penting ia mestilah dengan niat yang betul barulah setiap yang dilakukan beroleh rahmat dan keberkatan. Wallahu a’lam. Utv

Kunci yang dituntut Islam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker