Sengaja wujudkan kegelisahan di Selangor

Sengaja wujudkan kegelisahan di Selangor

Dakwaan kononnya kerajaan Selangor menekan sekolah agama persendirian adalah tindakan yang bermotifkan jahat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd Na’im Mokhtar.

Menurutnya apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mengambil langkah perlu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran maut yang mengorbankan pelajar.

Kata Mohd Na’im, kerajaan negeri mengeluarkan dan menguatkuasakan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) sejak 1 Jan 2021 lagi.

Menteri hal ehwal agama itu menjelaskan langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan bukan saja pelajar malah seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di Selangor.

“Penguatkuasaan garis panduan tersebut juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (Pitas) yang dianggotai 478 institusi sekolah agama persendirian,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Sebelum ini muncul beberapa pihak yang mendakwa Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia dikaitkan dengan DAP.

Bagaimanapun kerajaan negeri menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan langkah berkenaan dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu semua institusi terbabit didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Antara lain sesebuah sekolah agama persendirian dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang membabitkan aspek keselamatan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata Sultan Sharafuddin mahu mengelak tragedi kebakaran yang membabitkan kematian 23 nyawa di Kuala Lumpur pada 2017.

“Hentikan fitnah yang diulang-ulang. (Dakwaan tersebut) Telah dijawab semasa bulan Julai, dakwaan bahawa lebih 200 sekolah agama ditutup di Selangor adalah fitnah dan tidak berasas,” kata Amirudin.

Pada 27 Jun lalu kerajaan Selangor juga memberi kelonggaran dengan melanjutkan tempoh pendaftaran 55 sekolah agama persendirian sehingga sekurang-kurangnya tahun depan.

Mohd Na’im berkata JPM sudah dimaklumkan mengenai langkah kerajaan Selangor sejak 2021.

Kelonggaran juga, katanya, diberikan sehingga selama dua tahun bagi memberi peluang kepada pihak sekolah terbabit mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan.

“Justeru, dakwaan pihak berkaitan yang kononnya amaran diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya diarah keluar dari premis adalah tidak benar sama sekali dan berniat menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam,” katanya. MK

Sengaja wujudkan kegelisahan di Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker