Penunggang motosikal maut diseret lori

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum diseret sebuah lori di Kilometer 24 Jalan Seremban-Kuala Pilah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian pada jam 9.50 pagi itu dipercayai berlaku semasa lori jenis Nissan yang dipandu oleh lelaki berumur 30 tahun dari arah Ipoh, Perak hendak menghala ke Jempol.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, disyaki mangsa yang berumur 56 tahun, telah hilang kawalan dan masuk ke laluan lori menyebabkan motosikal mangsa terseret dari laluan lori sehingga ke garisan zebra merah di tengah jalan.



“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Pilah bagi bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker