‘Pelanggan’ ragut rantai leher pembantu kedai kosmetik
‘Pelanggan’ ragut rantai leher pembantu kedai kosmetik
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan melarikan rantai emas selepas meragut dari leher seorang pembantu kedai kosmetik di Jalan Sekerat di sini, semalam.
Terdahulu, suspek berusia 30-an masuk ke kedai kosmetik terbabit dengan memakai topi keledar dan berpura-pura mahu membeli produk di kedai itu.
Ketika wanita itu sedang memberi penerangan berkaitan produk, suspek bertindak meragut rantai lehernya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
Video berdurasi 38 saat itu turut tular di aplikasi Tik Tok sejak semalam dan pihak polis kini sedang mengesan suspek.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam ketika mangsa berusia 31 tahun berada dalam kedai itu seorang diri.
“Ketika sedang memberi penerangan mengenai produk, suspek meragut rantai leher emas dipakai mangsa sehingga menyebabkannya terjatuh.
“Suspek kemudian keluar dari kedai itu dan beredar menaiki motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di leher dan kerugian dianggarkan sekitar RM3,000.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. BH
‘Pelanggan’ ragut rantai leher pembantu kedai kosmetik
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan