BN sah dapat satu exco di P. Pinang
Teka-teki siapa yang akan dilantik sebagai timbalan ketua menteri (TKM) Pulau Pinang akan diketahui selepas majlis angkat sumpah jawatan esok.
Sebelum ini, timbul spekulasi pemimpin Umno yang juga Adun Bertam, Reezal Merican Naina Merican bakal mengisi jawatan itu.
Namun, ia kemungkinan besar tidak berlaku selepas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini menyatakan seorang daripada dua Adun Umno akan dilantik sebagai exco.
Selain itu, kelaziman sebelum ini pula jawatan TKM I diisi oleh Adun Melayu dari PKR manakala TKM II oleh Adun dari kaum India.
“Ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang. Maka kita akan lantik wakil BN dari Umno untuk duduki jawatan exco,” kata Loke selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada 14 Ogos lalu.
Seorang lagi wakil rakyat dari Umno adalah Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol.
Keputusan penuh PRN 2023: Enam negeri memilih
Sementara itu, PKR Pulau Pinang dilaporkan media telah menghantar nama tiga Adunnya untuk jawatan TKM dan dua jawatan exco.
Tanpa mendedahkan nama tersebut, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata mereka terdiri daripada dua Adun Melayu dan seorang Adun Cina.
Namun dia berkata keputusan untuk melantik mereka terletak di tangan kepimpinan tertinggi, termasuk Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
PH dan BN Pulau Pinang juga telah mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan TKM dan barisan exco pada 14 Ogos lalu.
Dalam PRN Pulau Pinang yang lalu, DAP memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandingi, disusuli PKR (7), BN (2) dan Amanah (1).
Berbeza dengan BN pada penggal ini, Amanah turut memegang dua kerusi di Pulau Pinang pada penggal lalu – menerusi Azrul Mahathir Aziz di Bayan Lepas dan Muhammad Faiz Fadzil di Permatang Pasir – namun kedua-duanya tidak memegang jawatan exco.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan
You must be logged in to post a comment.