Keputusan PRN amaran terakhir buat UMNO – Tengku Zafrul
Keputusan PRN amaran terakhir buat UMNO – Tengku Zafrul
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik UMNO dan parti itu perlu berubah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata biarpun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat pedih prestasi Barisan Nasional (BN) amat lemah di Selangor selepas hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP.
“Malah, selain satu kes unik Sungai Air Tawar yang lebih mencerminkan kehebatan calon, PRN Selangor menyerlahkan seolah-olah semakin ramai pengundi Melayu di sesebuah kawasan, semakin susah UMNO hendak menang.
“Hakikat ini harus diamati. Jika keputusan PRN ini bukan amaran akhir kepada kelangsungan parti Melayu ini, saya tidak tahu apa lagi jenis amaran yang perlu diberi sebelum kita menyedari kita sudah ditolak,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Bendahari BN Selangor itu berkata, keputusan PRN tersebut juga menunjukkan selepas 15 tahun berlalu, UMNO masih ditolak.
Malah beliau berkata ramai ahli-ahli UMNO Selangor kecewa serta sedih dengan nasib parti itu di Selangor.
Menurut beliau, dalam senario politik kini, strategi, ketrampilan dan daya tarikan parti menjadi penentu kejayaan atau kegagalan.
Ujar beliau, hala tuju dan ideologi UMNO Selangor perlu jelas dan diterima ahli akar umbi, bukan semata-mata dilihat hanya ingin mengejar tampuk kuasa tetapi tidak dapat memberi keyakinan.
Beliau turut mengingatkan, UMNO bukan milik kelompok tertentu sebaliknya ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu, maka UMNO tidak boleh terlalu radikal.
“UMNO perlu meraikan pandangan dan pandangan ini perlu diurus dengan baik agar UMNO terus subur menjadi sebuah parti tempat orang Melayu berteduh.
“Atas dasar itu saya berharap kepimpinan parti perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan parti yang bukan sekadar ingin mengejar kuasa jangka masa pendek, tetapi usaha yang bersungguh untuk kembali diyakini rakyat dan akar umbi parti.
“Semua di dalam UMNO termasuk saya perlu muhasabah diri dan membina semula kekuatan parti supaya kita dapat kembali berdiri gagah tanpa bergantung kepada mana-mana parti,” katanya.
Keputusan PRN amaran terakhir buat UMNO – Tengku Zafrul
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kamal Adli takut buka media sosial