Jadikan anak hamba seks, bapa dihukum penjara berjumlah 702 tahun, 234 sebatan
Jadikan anak hamba seks, bapa dihukum penjara berjumlah 702 tahun, 234 sebatan
MUAR: “Saya terima hukuman ini atas perbuatan dilakukan,” kata seorang bapa sebelum Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara, berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan, selepas mengaku bersalah terhadap 30 tuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua anaknya sejak enam tahun lalu.
Tertuduh yang juga pekerja pembersihan, didakwa melakukan perbuatan jijik itu terhadap dua anaknya yang kini masing-masing berusia 12 dan 15 tahun dengan seorang daripadanya hamil lima minggu.
Lelaki berusia 53 tahun itu berhadapan 30 pertuduhan dengan 19 daripadanya membabitkan kejadian rogol, manakala 11 lagi kes cabul kehormatan dua anaknya, terlebih dahulu mengaku bersalah selepas setiap pertuduhan sejurus dikemukakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Hampir sejam masa diambil oleh jurubahasa untuk membaca kesemua pertuduhan serta fakta kes dengan tertuduh yang dilihat hanya mampu tunduk sambil geleng kepala.
Abu Bakar dalam prosiding berkata, tidak ada faktor yang boleh dipertimbangkan untuk hukuman terhadap tertuduh kerana mangsa adalah anak kandungnya selain seorang daripadanya sudah hamil.
“Mangsa ketika itu adalah kanak-kanak dengan kesalahan dilakukan kamu sangat berat. Justeru, saya berharap dengan hukuman ini, kamu bertaubat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.
“Mengambil kira pengakuan bersalah kamu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol, 10 tahun penjara serta dua sebatan bagi kesalahan amang seksual fizikal serta tambahan hukuman bagi Seksyen 16 (1) Kanun Keseksaan iaitu dua tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh ditahan 10 Julai lalu, manakala sebatan secara berasingan.
Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 42 tahun namun hukuman sebatan kekal 234 kali.
Namun, Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan adalah 24 kali.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2017 ketika salah seorang mangsa berusia 10 tahun dengan kejadian terakhir berlaku pada 4 Julai lalu membabitkan dua lokasi berasingan di Jeram dan Bakri, di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.
Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes, pegawai perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar membuat laporan polis selepas mendapat salah seorang mangsa hamil ketika mendapat rawatan akibat sakit dada.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kertas siasatan yang dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya berjaya memperoleh arahan sebanyak 30 pertuduhan terhadap suspek.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BH
Jadikan anak hamba seks, bapa dihukum penjara berjumlah 702 tahun, 234 sebatan
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET