Anwar usaha pulih keyakinan, tapi pengundi Melayu curiga dengan DAP – penganalisis

Anwar usaha pulih keyakinan, tapi pengundi Melayu curiga dengan DAP – penganalisis

Kesangsian pengundi Melayu terhadap DAP meneutralkan usaha Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kerajaannya masih memperjuangkan agenda Melayu-Islam, kata seorang penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, tindakan tegas diambil terhadap mereka yang dikatakan mendesak agenda LGBTQ, termasuk rampasan jam tangan koleksi Pride Swatch, gagal meyakinkan pengundi Melayu.



“Majoriti orang Melayu masih curiga dengan DAP, walaupun sejak kebelakangan ini parti itu dilihat lebih sederhana dalam menangani isu politik,” katanya kepada FMT.

Presiden PAS, Hadi Awang sebelum ini menuduh pemimpin DAP menyokong agenda LGBT, manakala pembangkang pula sering mendakwa DAP menguasai Pakatan Harapan (PH).

Mazlan percaya Anwar dan Umno memerlukan lebih banyak masa sebelum PRN untuk memulihkan keyakinan orang Melayu melalui pembaharuan dasar.

Beliau mengulas keputusan PRN enam negeri Sabtu lalu yang menyaksikan Perikatan Nasional meraih majoriti di Kedah, Terengganu dan Kelantan sambil mencapai kemajuan di Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan yang dikuasai PH.



Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, tindakan diambil terhadap Swatch dan cara kerajaan menangani isu Good Vibes Festival “tidak penting” buat majoriti pengundi Melayu, yang sebahagian besarnya tinggal di kawasan luar bandar.

Festival itu mencetuskan kontroversi selepas vokalis sebuah kumpulan rock UK mencium rakan kumpulan lelakinya dan mengkritik undang-undang anti-LGBT di Malaysia. Kerajaan membatalkan festival muzik itu serta-merta dan menyenaraihitamkan kumpulan terbabit daripada membuat persembahan di Malaysia.

Azmi berkata, isu sedemikian hanya penting kepada pengundi bandar.

“Ia memerlukan lebih daripada tindakan tegas selepas Good Vibes Festival dan serbuan kedai Swatch atas alasan agama untuk menarik minat orang Melayu. Ini tidak cukup untuk menunjukkan Putrajaya membela orang Melayu atau Islam.”



Azmi berkata, PAS “sangat bagus” dalam menggunakan agama untuk memikat pengundi Melayu, dengan parti itu sinonim dengan Islam di negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Penyokong mereka percaya parti itu boleh dipercayai untuk menegakkan nilai dan ajaran Islam disebabkan persepsi pemimpin mereka “bersih” berbanding rakan sejawat mereka dalam PKR, Umno dan Amanah. FMT

Anwar usaha pulih keyakinan, tapi pengundi Melayu curiga dengan DAP – penganalisis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker