Status quo 6 negeri tepati ramalan

SHAH ALAM – Dapatan kajian beberapa pusat kaji selidik dan pemerhati politik mengenai penguasaan parti politik di enam negeri menepati ramalan apabila ia kekal kepada kerajaan sedia ada berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 10 malam tadi.

Kedah, Kelantan dan Terengganu kekal menjadi milik Perikatan Nasional (PN) manakala Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terus berada di bawah penguasaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi Kedah berjaya membentuk kerajaan negeri setelah menguasai 28 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kelantan pula, PN menguasai 39 daripada 45 kerusi DUN dan di Terengganu menguasai 25 daripada 32 kerusi DUN.

Bagi negeri milik PH-BN, Selangor menguasai 35 daripada 56 kerusi, Pulau Pinang 23 daripada 40 kerusi dan di Negeri Sembilan PH-BN menguasai 23 daripada 36 kerusi.

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Ilham Centre pada Jumaat, pihaknya menyimpulkan dapatan jangkaan kemenangan bagi 3-3 dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu peratusan keluar mengundi yang rendah, sikap penyokong UMNO dan BN terhadap kerjasama parti itu dengan PH serta pola sokongan anak muda yang masih kekal bersama PN.

Begitu juga dengan firma penyelidikan Emir Research dalam kajiannya meramalkan perkara sama.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu menyaksikan lima penyandang Menteri Besar dan seorang penyandang Ketua Menteri menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Senarai kemenangan didahului penyandang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeniri, dimenangi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker