Hanya 22 peratus keluar mengundi di Terengganu, Kedah dan P Pinang 20 peratus setakat 10 pagi

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selangor pula mencatatkan 19 peratus, Negeri Sembilan 18 peratus dan 17 peratus di Kelantan.

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 10 pagi pula adalah 19 peratus.



Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Berdasarkan tinjauan Bernama, cuaca di kebanyakan kawasan di enam negeri yang terlibat dalam PRN dilaporkan cerah dan baik serta mendorong pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.

PRN itu melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.



PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker