Selesai PRN, Perdana Menteri seru rakyat kembali bersilaturahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar kembali bersilaturahim berikutan kempen pilihan raya negeri (PRN) telah pun selesai pada Sabtu.

Menurutnya, keputusan PRN di enam negeri iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan yang akan diketahui hari ini hanya menentukan kepimpinan kerajaan negeri, sebaliknya pentadbiran kerajaan persekutuan akan berjalan seperti biasa.

“Daripada pemantauan kita, setakat ini keenam-enam negeri keadaan baik, suasana tenang.



“Kempen telah selesai jadi kembali bersilaturahim,” katanya ketika ditemui media di luar Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini pada Sabtu.

Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat mengundi berkenaan jam 9.33 pagi dan dilihat selesai mengundi jam 9.40 pagi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru kepada pengundi agar keluar melaksanakan tanggungjawab mereka di keenam-enam negeri yang terlibat dengan PRN.

“Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.



“Keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker